Saturday 30 March 2013

FiRsT jOb

assalamualaikum.....

sudah agak lama saya tidak update post disini. masa banyak mengekang saya setelah saya bertukar status dari penganggur kepada pekerja di sebuah syarikat tempatan. alhamdulillah akhirnya saya dapat jugak pekerjaan walaupun bukan berkaitan dengan apa yang saya belajar di institut universiti.  seolah2 roda sudah berputar kembali di tempat asalnya dahulu... yang ramai berpendapat ianya memang sesuai dengan diri saya. ada juga berpendapat ianya hanya lah pekerjaan yang biasa2 sahaja. apa pun tanggapan diaorang saya tahu kenapa saya memohon pekerjaan itu dan kenapa saya saya menerimanya. moga2 saya diberikan keikhlasan dalam berbakti kepada anak bangsa saya sendiri.

betul la  kata2 nabi tentang  lima perkara. sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dn seterusnya. saya kira  ada antara kalian pernah mendengarnya. sekarang saya merasa masa terlalu sempit kerana tuntutan kerja. pagi2 hari lagi dimana  sang matahari masih malu2 untuk menunjukkan diri sehingga ke sang matahari ingin kembali ke tempal asalnya ku bekerja. penat seharian bekerja selalu membuatkan  emosi terganggu.