Yakinilah setiap ujian yang
diberikan oleh Allah itu ada hikmahnya. Sama ada kita sedar atau tidak ujian
itu sebenarnya baik untuk kita. Tidak kiralah ujian itu dari segi apa pun. Ada
manusia yang diuji dengan kekayaan untuk melihat sejauh mana dia menggunakan
kekayaannya adakah ke jalan Allah ataupun tidak, adakah dia masih bersyukur dan
mengagungkan Allah. Dan bila ditimpa jatuh miskin adakah dia masih bersyukur
dan sabar menghadapinya. Ada manusia yang diuji dengan kesakitan yang
semestinya tidak seorangpun daripada kita menjangkakannya. Mungkin sekarang ini
kita sihat tetapi tidak mustahil dalam beberapa saat sahaja kita boleh ditimpa
kecelakaan. Mungkin sekarang kita masih boleh berjalan tetapi dengan sekelip
mata dengan kuasa Allah kita lumpuh dan terpaksa bergantung pada kerusi roda
dan orang sekeliling untuk bergerak.
Manusia juga diuji dengan
kelapangan masanya. Adakah dia menggunakan masanya dengan bijaksana ibarat masa
itu emas. Usahlah mempersia-siakan masa yang terluang agar akhir nanti kamu
tidak menyesal. Penuhilah ia dengan beribadah kepada yang Berhak dan aktiviti
berfaedah. Mungkin kamu akan diuji
dengan kesempitan masa sehinggakan kamu
merasa tidak sempat untuk melakukan sesuatu yang seharusnya kamu lakukan.
Pepatah arab ada menyebut masa itu ibarat pedang, gunalah pedang itu untuk
mengatasi masa bukan masa itu mengejar kamu.
Hakikatnya, kita hanyalah manusia
biasa. Kita hanya manusia lemah! Ya kita memang manusia biasa.. kita memang
lemah.. tapi ketahuilah kita adalah sebaik- baik kejadian yang diciptakan oleh
Allah. Allah mengetahui apa yang baik untuk hambanya. Allah juga menguji
hambanya sesuai dengan kemampuannya kerana Dialah menciptakan kita. Kita sering
merasa resah, gelisah, sedih, kecewa dan putus asa bila ditimpa musibah. Ada
yang sampai yang ingin bunuh diri..astaghfirullahalazim. kembalilah kepada Yang
Benar sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu ada penyelesaiannya.
...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal
dia amat baik bagimu….(Al- Baqarah:8)
Ingatilah Dia dikala kamu senang
mahupun susah kerana Dia tidak pernah meninggalkan kamu seperti kamu
meninggalkan-NYA. Ujian itu diberi itu adalah untuk melihat sejauh mana tahap
keimanan kita ada rapuh, biasa- biasa atau teguh dan semakin meningkat. Uji itu
adalah untuk mengangkat darjat hambanya di sisinya. Sentiasalah mengingati dan
dekat pada-Nya.. luahkanlah segala kerisauanmu, harapanmu di atas tikar sejadah
sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa di dalam hati hambanya.
Siapa yang dikehendaki Allah
menjadi baik nescaya Allah akan memberinya
cubaan.(Al-Hadis)
Ada di antara kita yang pernah
mengimpikan sesuatu yang dihajati tetapi
tidak memperolehnya malah memperoleh
sesuatu yang lain dari yang diimpikan. Tapi ketahuilah itu mungkin satu
ketetapan yang telah ditetapkan. Tiada apa pun yang mampu menghalang ia untuk
berlaku. Jika tidak memperoleh apa yang dihajati, bersabarlah, tabah dan
berusaha untuk terima seadanya.
….tidak sekali-kali akan menimpa
kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi
kami…(At-Taubah:51)
Ujian itu juga adalah untuk
menghapuskan dosa-dosa kita. Kita jatuh sakit kerana itulah salah satu
cara ubat penghapus dosa yang telah kita
perbuat. Mungkin juga kerana Dia
mengingati kita supaya jangan lupa asal usul dan tujuan kita di muka bumi ini. Bersabarlah…
setiap penyakit itu ada penawarnya. Walaupun perit dan pahit untuk kita
menghadapinya. Bersyukurlah kerana bukan semua orang yang dipilih untuk
menerima ujian seperti kita itu. Sekurang- kurangnya kita ada berpeluang untuk
kembali kepangkal jalan. Ujian itu jualah petanda Allah itu menyayangi kita dan
mahu kita sedar dari tidur yang panjang.
Mungkin itu semua adalah takdir
yang telah ditentukan Allah… ujian untuk hamba-Nya. Kita perlulah bersabar,
tabah serta kuat dan redha. Ikhlas dengan segala ketentuan-Nya.
No comments:
Post a Comment