Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Sunday, 10 June 2012

Apa Cerita??


Sudah lumrah kehidupan bila habis je belajar.. masyarakat sekeliling akan bertanyakan pasal kita macam2. Pusing kepala memikirkannya.  Pointer/ grade brape? Sambung belajar x..Dh dpt kerja? Bila nk kahwin? Adush byknya soaln, x terjawab den.. ok2 biar satu2 saya jawab. Pertama, x kisah pointer/ grade brape janji ilmu itu dpt dn berguna. Klau dpt pointer/grade gempak itu lg elok. Tapi usahlah bersedih, putus harapan jika hasilnya tidak seperti yang kita mahukan. Kita hanya merancang tapi Tuhan yg  menentukan segala-galanya. Sesungguhnya kita merancang, Allah juga merancang. Tapi ketahuilah Allah itu Maha Merancang dan perancangan Allah itu lebih baik. Kedua, mengenai sambung belajar/ apa2 yg blh meningkat ilmu kita itu terletak pada pilihan masing. Jika ada rezeki dn dibukakan hati utk sambung belajar apa salahnya meneruskan pengajian kita. Rezeki di sini bermaksud jika dpt tawaran utk sambung belajar atau sbagainya dan mempunyai sumber kewangan yg terjamin. Seterusnya apa yg dikatakan dibukakan hati ialah apabila kita merasakn kursus yg ditawarkan itu benar2 kita mahukan dn bersedia utk berjuang utk menempuhinya. Jika tidak hanya akan membawa padah dikemudiankan hari, jgn seperti hangat2 tahi ayam yg hanya bersemangat diawal permulaan tapi akhirnya sudah hilang entah ke mana. Mungkin juga kita akan mdh putus harapan kerana tidak tahan dengan cabaran dn halangan yg ditempuhi semasa berjuang menuntut ilmu. Oleh itu, fikirlah sedalamnya2 dn semasak2nya sampai hangit pun xpe asal x hangus he..he..he... Dn jgn lupa sertailah ia dengan doa dan solat istikharah utk mendapatkan petunjuk dari Allah dlm membuat keputusan yg terbaik. Kekadang kita terlupa yg satu ini dn akhirnya kita membuat pilihan yg akhirnya memakan kita sendiri.


Ketiga, kerja oh kerja. Ermmm zaman skrg ramai yg menganggur x kisahlah seseorg itu belajar sampai mana pun. Kenapa hal macam nie boleh berlaku? Haa silapnya kita jgnlah terlalu memilih. Kita yg masih hijau terutamanya hendaklah tidak terlalu memilih dalam mencari kerja. Asalkan kerja itu halal, duit masuk he..he..he.. satu lg kerja itu mampu kita buat sebabnya klau tak nanti kita yg stress. Tak maula dpt sakit jantung ish3x. kita nk hidup bahagia tak nakla gaji besar tapi botak kepala . walaupun kerja tu org kata alahai tak padan dgn kelulusan kita, gaji ciput jer tapi sekurang2nye kita kerja jgk dari menganggur ye tak.. apa2 pn anggap kerja tu sebagai permulaan kita utk mengenal dunia pekerjaan dn mencari pengalaman. Kita jugak kena ingat utk membayar balik duit pinjaman yg dipohon semasa pengajian kita. Bercakap pasal pengalaman, itu satu lagi penyebabnya ramai menganggur. Rata2 majikan sekarang mahukan pengalaman bahkan jadi cashier pn nkkan pengalaman. Ish3x mana boleh macam tu kan klau nk utamakan pengalaman mcm manalah yg baru nk bekerja nk dpt pengalaman klau tk diberi peluang langsung utk terima bekerja. Akhirnya diaorg nie takkan dpt pengalaman bekerja sampai bila2 . tak dinafikan pengalaman itu penting tapi apa salahnya beri peluang utk orang baru. Mungkin ada idea yg baru dpt diketengahkan dn berikan tempoh percubaan utk melihat prestasi kerja pekerja baru ini. Gabungan yg baru dan lama akn dapat memajukan prestasi sesebuah syarikat/agensi. Seterusnya sikap seseorg itu yg tak bersedia dgn isu/berita  semasa juga menempuh kegagalan semasa sesi temu duga. Sebelum pergi temu duga, kita perlulah menanam sikap positif, ada keyakinan diri dn carilah maklumat serba sedikit ttg pekerjaan yg dipohon dn  maklumat  ttg syarikat/agensi berkenaan. Selain itu, kita juga harus jaga penampilan diri; kemas, sopan, pakaiannya tidak terlalu byk corak dn klau perempuan mekapnya haruslah tidak tebal. Jgnlah bersikap “ over confident” dn sombong.

Akhir sekali, sebut pasal kahwin.. semuanya nk kahwin siapa x mahu kahwin ye tak. Klau tak nak tu maknanye  ada “ something wrong some way”. Tuntutan berkahwin dalam islam adalah salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. (Tidak lengkap agama seseorg itu selagi ia tidak berkahwin)dan demi menjaga keharmonian sejagat. Berkahwin adalah utk memenuhi fitrah manusia dan melahirkan zuriat keturunan utk meneruskan syiar islam. Berkahwinlah utk mengelakkan fitnah dn zina. Jika sudah mampu jgnlah memperlambatkn perkara yg baik ini. Mampu disini bermaksud jika sudah ada jodoh yg dirasakan sesuai dgn kita, kewangan yg stabil dan mempunyai ilmu rumah tangga dn keibubapaaan. Jika tidak, usahlah menjinak2kan  diri utk mengenal apa itu cinta antara lelaki dan perempuan. jika tidak mampu kita juga yg akan merana. Muda atau tua, cepat atau lambat jodoh pertemuan hanya Allah yg tahu.

# peringatan utk diri sendiri dn kalian(“,)

Wednesday, 15 February 2012

Ujian itu ada hikmahnya..


Yakinilah setiap ujian yang diberikan oleh Allah itu ada hikmahnya. Sama ada kita sedar atau tidak ujian itu sebenarnya baik untuk kita. Tidak kiralah ujian itu dari segi apa pun. Ada manusia yang diuji dengan kekayaan untuk melihat sejauh mana dia menggunakan kekayaannya adakah ke jalan Allah ataupun tidak, adakah dia masih bersyukur dan mengagungkan Allah. Dan bila ditimpa jatuh miskin adakah dia masih bersyukur dan sabar menghadapinya. Ada manusia yang diuji dengan kesakitan yang semestinya tidak seorangpun daripada kita menjangkakannya. Mungkin sekarang ini kita sihat tetapi tidak mustahil dalam beberapa saat sahaja kita boleh ditimpa kecelakaan. Mungkin sekarang kita masih boleh berjalan tetapi dengan sekelip mata dengan kuasa Allah kita lumpuh dan terpaksa bergantung pada kerusi roda dan orang sekeliling untuk bergerak.
Manusia juga diuji dengan kelapangan masanya. Adakah dia menggunakan masanya dengan bijaksana ibarat masa itu emas. Usahlah mempersia-siakan masa yang terluang agar akhir nanti kamu tidak menyesal. Penuhilah ia dengan beribadah kepada yang Berhak dan aktiviti berfaedah. Mungkin kamu  akan diuji dengan kesempitan masa  sehinggakan kamu merasa tidak sempat untuk melakukan sesuatu yang seharusnya kamu lakukan. Pepatah arab ada menyebut masa itu ibarat pedang, gunalah pedang itu untuk mengatasi masa bukan masa itu mengejar kamu.
Hakikatnya, kita hanyalah manusia biasa. Kita hanya manusia lemah! Ya kita memang manusia biasa.. kita memang lemah.. tapi ketahuilah kita adalah sebaik- baik kejadian yang diciptakan oleh Allah. Allah mengetahui apa yang baik untuk hambanya. Allah juga menguji hambanya sesuai dengan kemampuannya kerana Dialah menciptakan kita. Kita sering merasa resah, gelisah, sedih, kecewa dan putus asa bila ditimpa musibah. Ada yang sampai yang ingin bunuh diri..astaghfirullahalazim. kembalilah kepada Yang Benar sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu ada penyelesaiannya.
 ...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal dia amat baik bagimu….(Al- Baqarah:8)
Ingatilah Dia dikala kamu senang mahupun susah kerana Dia tidak pernah meninggalkan kamu seperti kamu meninggalkan-NYA. Ujian itu diberi itu adalah untuk melihat sejauh mana tahap keimanan kita ada rapuh, biasa- biasa atau teguh dan semakin meningkat. Uji itu adalah untuk mengangkat darjat hambanya di sisinya. Sentiasalah mengingati dan dekat pada-Nya.. luahkanlah segala kerisauanmu, harapanmu di atas tikar sejadah sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha  Mengetahui apa di dalam hati hambanya.
Siapa yang dikehendaki Allah menjadi baik nescaya Allah akan memberinya  cubaan.(Al-Hadis)
Ada di antara kita yang pernah mengimpikan sesuatu yang dihajati  tetapi tidak memperolehnya  malah memperoleh sesuatu yang lain dari yang diimpikan. Tapi ketahuilah itu mungkin satu ketetapan yang telah ditetapkan. Tiada apa pun yang mampu menghalang ia untuk berlaku. Jika tidak memperoleh apa yang dihajati, bersabarlah, tabah dan berusaha untuk terima seadanya.
….tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami…(At-Taubah:51)
Ujian itu juga adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Kita jatuh sakit kerana itulah salah satu cara  ubat penghapus dosa yang telah kita perbuat.  Mungkin juga kerana Dia mengingati kita supaya jangan lupa asal usul dan tujuan kita di muka bumi ini. Bersabarlah… setiap penyakit itu ada penawarnya. Walaupun perit dan pahit untuk kita menghadapinya. Bersyukurlah kerana bukan semua orang yang dipilih untuk menerima ujian seperti kita itu. Sekurang- kurangnya kita ada berpeluang untuk kembali kepangkal jalan. Ujian itu jualah petanda Allah itu menyayangi kita dan mahu kita sedar dari tidur yang panjang.
Mungkin itu semua adalah takdir yang telah ditentukan Allah… ujian untuk hamba-Nya. Kita perlulah bersabar, tabah serta kuat dan redha. Ikhlas dengan segala ketentuan-Nya.