Sudah lumrah kehidupan bila habis
je belajar.. masyarakat sekeliling akan bertanyakan pasal kita macam2. Pusing kepala
memikirkannya. Pointer/ grade brape?
Sambung belajar x..Dh dpt kerja? Bila nk kahwin? Adush byknya soaln, x terjawab
den.. ok2 biar satu2 saya jawab. Pertama, x kisah pointer/ grade brape janji
ilmu itu dpt dn berguna. Klau dpt pointer/grade gempak itu lg elok. Tapi
usahlah bersedih, putus harapan jika hasilnya tidak seperti yang kita mahukan.
Kita hanya merancang tapi Tuhan yg
menentukan segala-galanya. Sesungguhnya kita merancang, Allah juga
merancang. Tapi ketahuilah Allah itu Maha Merancang dan perancangan Allah itu
lebih baik. Kedua, mengenai sambung belajar/ apa2 yg blh meningkat ilmu kita
itu terletak pada pilihan masing. Jika ada rezeki dn dibukakan hati utk sambung
belajar apa salahnya meneruskan pengajian kita. Rezeki di sini bermaksud jika
dpt tawaran utk sambung belajar atau sbagainya dan mempunyai sumber kewangan yg
terjamin. Seterusnya apa yg dikatakan dibukakan hati ialah apabila kita
merasakn kursus yg ditawarkan itu benar2 kita mahukan dn bersedia utk berjuang
utk menempuhinya. Jika tidak hanya akan membawa padah dikemudiankan hari, jgn
seperti hangat2 tahi ayam yg hanya bersemangat diawal permulaan tapi akhirnya
sudah hilang entah ke mana. Mungkin juga kita akan mdh putus harapan kerana
tidak tahan dengan cabaran dn halangan yg ditempuhi semasa berjuang menuntut
ilmu. Oleh itu, fikirlah sedalamnya2 dn semasak2nya sampai hangit pun xpe asal
x hangus he..he..he... Dn jgn lupa sertailah ia dengan doa dan solat istikharah
utk mendapatkan petunjuk dari Allah dlm membuat keputusan yg terbaik. Kekadang
kita terlupa yg satu ini dn akhirnya kita membuat pilihan yg akhirnya memakan
kita sendiri.
Ketiga, kerja oh kerja. Ermmm
zaman skrg ramai yg menganggur x kisahlah seseorg itu belajar sampai mana pun.
Kenapa hal macam nie boleh berlaku? Haa silapnya kita
jgnlah terlalu memilih. Kita yg masih hijau terutamanya hendaklah tidak
terlalu memilih dalam mencari kerja. Asalkan kerja itu halal, duit masuk
he..he..he.. satu lg kerja itu mampu kita buat sebabnya klau tak nanti kita yg
stress. Tak maula dpt sakit jantung ish3x. kita nk hidup bahagia tak nakla gaji
besar tapi botak kepala . walaupun kerja tu org kata alahai tak padan dgn
kelulusan kita, gaji ciput jer tapi sekurang2nye kita kerja jgk dari menganggur
ye tak.. apa2 pn anggap kerja tu sebagai permulaan kita utk mengenal dunia
pekerjaan dn mencari pengalaman. Kita jugak kena ingat utk membayar balik duit
pinjaman yg dipohon semasa pengajian kita. Bercakap pasal pengalaman, itu satu lagi penyebabnya ramai
menganggur. Rata2 majikan sekarang mahukan pengalaman bahkan jadi cashier pn
nkkan pengalaman. Ish3x mana boleh macam tu kan klau nk utamakan pengalaman mcm
manalah yg baru nk bekerja nk dpt pengalaman klau tk diberi peluang langsung
utk terima bekerja. Akhirnya diaorg nie takkan dpt pengalaman bekerja sampai
bila2 . tak dinafikan pengalaman itu penting tapi apa salahnya beri peluang utk
orang baru. Mungkin ada idea yg baru dpt diketengahkan dn berikan tempoh
percubaan utk melihat prestasi kerja pekerja baru ini. Gabungan yg baru dan
lama akn dapat memajukan prestasi sesebuah syarikat/agensi. Seterusnya sikap
seseorg itu yg tak bersedia dgn isu/berita semasa juga menempuh kegagalan semasa
sesi temu duga. Sebelum pergi temu duga, kita perlulah menanam sikap positif, ada keyakinan diri dn carilah maklumat
serba sedikit ttg pekerjaan yg dipohon dn maklumat
ttg syarikat/agensi berkenaan. Selain itu, kita juga harus jaga penampilan diri; kemas, sopan, pakaiannya tidak
terlalu byk corak dn klau perempuan mekapnya haruslah tidak tebal. Jgnlah
bersikap “ over confident” dn sombong.
Akhir sekali, sebut pasal
kahwin.. semuanya nk kahwin siapa x mahu kahwin ye tak. Klau tak nak tu maknanye ada “ something wrong some way”. Tuntutan
berkahwin dalam islam adalah salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. (Tidak lengkap
agama seseorg itu selagi ia tidak berkahwin)dan demi menjaga keharmonian
sejagat. Berkahwin adalah utk memenuhi fitrah manusia dan melahirkan zuriat
keturunan utk meneruskan syiar islam. Berkahwinlah utk mengelakkan fitnah dn
zina. Jika sudah mampu jgnlah memperlambatkn perkara yg baik ini. Mampu disini
bermaksud jika sudah ada jodoh yg dirasakan sesuai dgn kita, kewangan yg stabil
dan mempunyai ilmu rumah tangga dn keibubapaaan. Jika tidak, usahlah menjinak2kan diri utk mengenal apa itu cinta antara lelaki
dan perempuan. jika tidak mampu kita juga yg akan merana. Muda atau tua, cepat
atau lambat jodoh pertemuan hanya Allah yg tahu.
# peringatan utk diri sendiri dn
kalian(“,)
No comments:
Post a Comment