Friday 2 March 2012

Aku harus kuat menghadapinya..




Aku harus kuat bila mana aku diberi ujian dan dugaan oleh Allah bertimpa- timpa.
Aku harus kuat menghadapinya kerana Allah selalu ada di sisi aku.
Aku harus kuat agar mampu untuk menemui hikmah di sebalik semua yg berlaku itu.

Pengalaman itu mendewasakan aku

Pada satu ketika, aku diberitahu hasil kerja aku direject setelah berbulan-bulan aku bekerja keras.. aku ibarat dihempap sebuah batu yang berat, hati aku seperti kaca yang dihempas dengan kasar… arghh!!! Kenapa semua ini berlaku kepada aku… apa kesilapan aku?
Aku jadi terlupa pada apa yg aku pelajari selama ini.  Aku menjadi jahil pabila dicuit sedikit. Cepat2 aku memohon ampun kepada-Nya. Aku terlupa yang aku ini hanya hamba yang hina, diciptakan dari tanah. Tidak wajar aku mempersoalkan apa yang terjadi kepada aku itu. Aku menjadi malu dengan diri aku sendiri, malu dengan saudara yang lain. Aku tak mampu untuk mengamalkan apa yg telah aku pelajari dan ajari. Aku malu dan takut kepada Allah. Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini yang cepat melatah bila diuji. Aku seharusnya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk muhasabah diri ini dan seterusnya memperbaiki mutu diriku.
Namun, timbul dibenak  fikiranku, mampukah aku memulakan segala-galanya dari awal. Aku harus mula dari garis permulaan hasil kerja aku.. pergi merantau   dan mencari data-data yang sememangnya agak mencabar bagi aku. Aku harus bersemuka empat mata dengan orang yang lebih tinggi ilmu dan pengalamannya. Aku sememang terkenal dikalangan keluarga, pendidik dan rakan seperjuanganku dengan sifat pendiam dan agak pemalu( bdasarkn apa yg diaorg ckpla) kini perlu bersikap yakin diri bila berurusan dengan org yg sememang tegas dlm menjalankan tugas mereka tidak mengira siapa aku. Yg itu aku salute dgn keperibadian mereka.
Aku sekurang-kurang berpeluang berurusan dengan org yg sebegitu dan melatih diri aku utk mengadapi realiti kehidupan sebenar dan tak mustahil pada masa hadapan aku harus menghadapinya walaupun ada ataupn tidak  pada hari ini. Aku yakin siapa aku hari ini akn memperlihatkan siapa aku esoknya..Aku harus think positive!
Aku hanya mempunyai masa yg singkat utk menyiapkan tugasan yg menentukan sama ada aku layak atau tidak utk menerima segulung anugerah akademik yg aku bercucuk tanam selama tiga tahun,, aku khuatir hasilnya tidak serupa yg diingikan. Aku tak mahu mensia-siakan penah lelah aku menuntut ilmu di bumi yg byk mengajar aku erti kehidupan.. InsyaAllah aku mampu menyiapkan semua itu dengan sebaiknya. Doakan diriku teman2.


Sudah jatuh ditimpa tangga

Sudah jatuh ditimpa tangga tapi aku jatuh kerana tergelincir kerana licin lantai mozek rumah sewaku..bygkanlah seperti buah cempedak buruk jatuh. Dummm… adushh sakitnya amat tak terkata..  aku ambil masa jugakla utk bgn sebab sakit tul penangan jatuh tuu.. terus terlintas di fikiran aku kejadian  tujuh tahun yg menjadikan aku pd ari ini. mula2 aku tak rasa sgt sakitnya tapi selang beberapa minit…ishk6x wuah….. sakitnya Ya Allah, tak tertanggung rasanya aku menghadapinya. Tambah pulak, housemates aku duk tanya2 dn tgk aku ‘hujan’ dgn lebat mujur jer x bnjir . dek kerana tak tertanggung rasa sakitku itu pecah rahsia aku yg selama ini x semua housematesku memerangkap classmates aku tau.. kelam kabut diaorg ingin merawat aku memandangkan klinik pd ari itu tutup.. aku jugak terpaksa menelefon ‘nurse’ aku  utk memberitahu keadaanku dgn berat ati, bimbang bonda tersayang tau keadaan aku itu. Aku tak mahu membimbangkannya.. tapi kuasa Allah lebih mengatasi segala-galanya. Mgkn betul apa org kata, seseorg ibu itu mempunyai naluri utk merasakn apa yg dirasakan anaknya. Dlm sakit2 aku, sempat jugak dimarahinya,meleteri sikap aku yg slalu jln nk cpt jer.. tapi dia jua yg bagiku semangat dn nasihat. Itulah bonda kesayangan aku tiada yg lain.
Begitu berat dan pahit aku menelannya tapi aku perlu lakukannya kerana aku harus sihat, aku harus kuat! Walaupun apapn sakitku rasa, aku harus tetap tersenyum di depan mereka biarlah hanya aku yg merasa peritnya sakit itu. Biarlah aku menangis sepuas2nya di atas tikar sejadah di mana semua pergantungan dn harapn aku curahkn..
Doa org yg teranainya amatlah makbul

Pengalaman pertama kali duk rumah sewa spjg hdp aku.. dari mula lg aku merasakn x sdp hati melihatkan keadaan rumah sewaku.. tp apakah daya hanya itu yg jumpa dikala waktu terdesak. Harga sewa yg ‘mencekik darah’  langsung tak setimpal  dgn ape yg kitaorg dpt..  duduk di rumah ibarat duk dlm tin sardin, bekalan air n black out acap kali menyerang rumah sewaku..
Tidak cukup dan tak abis di situ, kte terpaksa kluar dari rumah sewa.. bkn kerana tak mbayar sewa. Malah kteorg dh bayar deposit 2 kali ganda dr sewa bulanan n byr penuh utk satu sem.. kteorg terpaksa berpindah rumah  gara2 sikap tamak haloba tuan rumah yg tak berhati perut. Tidak sewajarnya sesebuah pihak itu melanggar pjanjian yg dilakukan dn melakukan ape tnpa persetujuan pihak lain yg terlibat..
 Dr rumah yg ibarat duk tin sardin ke rumah yg ibarat duk bwh tanah, panas, tiada ruang utk bernafas udara segar..itulh realitinya. Timbul pelbagai kata2 yg tak enak didengar, masing2 ada luahn hati masing2. Tp realitinya ia tak mampu memutar kembali ape yg telah berlaku. Bkn tiada perbincangan dilakukan antara tuan  rumah dn kami ttpi dibalas dgn sindiran..  jgnlah memandang kami kerdil hanya kerana kami  masih hijau , masih  student,  yg jauh merantau dr sisi keluarga. x mampu kami menuntut keadilan di atas ketamakan itu kerana tiada bukti pmbayaran.. silap kami mpercayainya.  Masih tergiang2 kata2nya “knape nk resit, x percaya ke???”. Akhirnya nie balasannya kami dpt. Entah ape lg yg hendak dibuatnya selepas ini tp ingatlah doa org yg dianiayai amatlah makbul.  Smoga kami semua terlindung dari kejahatan manusia, Smoga dia dpt hidayah dn petunjuk dari Allah, insyaAllah amiin ya rabbal alamin.
The moral of the story:
*      Kita tak dpt mengatasi ketakutan kte selagi kte tidak mengatasinya. Yakin dgn kebolehan diri.
*      Hargailah pertolongan yg diberikan kepada kte selama-lamanya
*      Jadilah org yg diperlukan masa gembira dan duka.
*      Sakit itu penghapus dosa.
*      Jangan mudah mempercayai org lain  walau sebaik manapun seseorg itu.
*      Sifat hormati- menghormati tidak mengira umur.
*      Jgnlah ambil kesempatan dari kesempitan org lain.

Seperti petikan dari karya tokoh terkenal, “wahai org  yg mengeluh kerana sukar utk tidur ,yg  menangis kerana sakit, yg bersedih kerana sebuah tragedi dn yg berdukacita kerana satu musibah, sebutlah namaNya yg kudus”.

Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat(pula) kepadamu….(Al- Baqarah:152).
Ku akhiri coretan ini dengan sebuah lagu;

Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu,
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku…

 Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini...
Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa..

#petikan dr sebuah lagu..

No comments:

Post a Comment